Pada suatu petang, aku telah menonton rancangan musabaqah tilawah al-Quran dan hafazan di salah satu saluran tv tempatan. Suatu rancangan yang cukup menarik, terutama bahagian hafazannya. Sungguh menakjubkan, peserta-pesertanya terdiri daripada para hafiz dan hafizah yang telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran. Bagaimana tidak menakjubkan, mereka boleh menghafal seluruh al-Quran yang mempunyai 6236 ayat dan 114 surah.
Dalam rancangan itu, para hakim mengajukan soalan yang berbentuk hafazan dan soalan yang berbentuk kefahaman. Ketika mereka disoal dengan soalan hafazan, kebanyakan peserta mampu menjawab dengan baik. Sekali lagi aku betul-betul salute dengan mereka. Tetapi sayangnya ketika soalan kefahaman terhadap ayat yang dikemukan kepada mereka, kebanyakan mereka tidak mampu menjawabnya, termasuk sang johan pada pertandingan itu. Mereka terkial-kial menjawabnya. Seolah-olah mereka hebat dalam mengingatnya, tetapi tidak faham atau mengerti apa yang ingat. Sungguh disayangkan.. Sedih juga aku menyaksikannya. Hatiku berkata : Wahai al-Quran, adakah nasibmu hanya setakat dibaca dan dihafal ?.
Terus terang aku katakan, kita patut bersyukur dan berterima kasih dengan para qura' dan hufaz itu, kerena mereka ada perhatian dengan al-Quran; mereka telah memeras tanaga untuk membaca dan menghafal al-Quran. Mungkin ada di antara mereka yang tidur malam, demi menghafal dan mengulangnya. Insyaallah, sekiranya mereka melakukannya dengan ikhlas, sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan usaha mereka, Allah pasti akan membalasi mereka dengan pahala yang setimpal dengan usaha mereka.
Setelah itu, fikiran aku melayang terbang mengingat sebuah hadis yang pernah aku baca tentang ramalan Rasulullah SAW. berkenaan nasib al-Quran pada suatu zaman nanti. Hadis itu disebutkan Imam al-Tabrani dalam kitabnya al-Mu'jam al-Kabir. Rasulullah bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada umatku yang mana banyak ditemukan para qari (pembaca al-Quran), tetapi sedikit yang faqih (memahaminya). Pada waktu itu, ilmu ditarik dan al-Haraj bermaharajalela. Sahabat-sahabat bertanya : Apakah al-Haraj itu, wahai Rasulullah ? Rasulullah menjawab : Pembunuhan di antara kamu. Kemudian selepas itu akan datang zaman dimana al-Quran dibaca oleh lelaki-lelaki yang bacaannya tidak melepasi kerongkongannya. Kemudian selepas itu, datang pula suatu zaman dimana orang munafik dan musyrik mempertikaikan orang beriman."
Mulutku berucap : "Ya Allah, adakah zaman yang dimaksudkan baginda itu adalah zaman aku sekarang ini ?." Memang kalau kita perhatikan hampir semua perkara yang diramalkan oleh Rasulullah itu, telah kita temukan di zaman sekarang ini. Ya Allah, aku berlindung denganmu daripada termasuk golongan yang disebutkan rasul dan nabi-Mu yang di atas.
Sebenarnya kewajipan kita terhadap al-Quran, tidak hanya setakat membaca dan menghafalnya, tetapi adalah kewajipan kita juga untuk memahami dan mengamalkan al-Quran, kerana fungsi utama al-Quran adalah untuk difahami dan diamalkan. Allah SWT. telah berfirman yang maksudnya :
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu untuk mereka fahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar daripadanya." Surah Shaad ayat 29.
Dan termasuk tugas kita juga setelah memahami al-Quran untuk menyampaikannya kepada orang lain sesama muslim bahkan kepada non muslim. Rasulullah SWA. bersabda : "Sampaikanlah (apa yang engkau dapat) daripadaku, walaupun hanya satu ayat."
Maka, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita ini ? Sekiranya belum, adalah sudah saatnya kita menyempurnakan tanggungjawab kita kepada al-Quran. Mari kita sama-sama mengembalikan al-Quran kepada fungngsinya yang sebenar, iaitu sebagai panduan hidup kita. Akhirnya, semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat syafaat al-Quran di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin..

No comments:
Post a Comment