Berbeza dengan air mata yang menitis akibat tersentuh oleh lantunan ayat-ayat Allah. Sesungguhnya air mata itu adalah air mata yang diberkati Allah s.w.t. Air mata yang akan menyelamatkan tuannya daripada seksa api neraka.
Ibn Abi Hatim telah meriwayatkan suatu kisah teladan yang amat menyentuh jiwa dalam kitab tafsirnya, ketika menjelaskan tentang surah al-Ghasyiyah. Beliau menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. menyelusuri lorong-lorong kota Madinah. Malam begitu sunyi. Namun sampai di satu rumah, beliau mendengar sayup-sayup bacaan seorang perempuan yang sedang melantunkan ayat-ayat Allah s.w.t. Beliau berhenti untuk mendengarkan bacaan perempuan itu. Bacaan yang begitu indah dan menyentuh kalbu. Perempuan itu sedang melantunkan firman Allah s.w.t yang berbunyi :
Terjemahan ayat :
"Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan ?"
al-Ghasiyah ayat 1
Perempuan itu mengulang-ulang bacaan ayat itu. Rasulullah s.a.w. amat terkesan dengan bacaannya itu. Beliau lebih mendekat lagi dan menyandarkan kepalanya di pintu untuk mendengar lebih lanjut bacaan perempuan itu. Perempuan itu masih lagi mengulang-ulang bacaan ayat itu. Bacaannya penuh penghayatan. Tiba-tiba air mata perempuan itu menitis, pecah tangisnya dek menghayati isi kandungan ayat itu.
Rasulullah s.a.w. yang mendengarnya turut menitiskan air mata, beliau juga menangis. Di sela-sela isak tangisnya itu, beliau berkata :
"Benar, itu adalah berita yang telah datang kepadaku.. benar, itu adalah
berita yang datang kepadaku..."
berita yang datang kepadaku..."
Itulah air mata yang diberkati Allah s.w.t. Semoga kita di antara orang-orang yang dapat menitiskan air mata ketika mendengar ayat Allah s.w.t. Amiin.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment