Allah berfirman : Sesungguhnya hari pembalasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun. Ia adalah suatu hari dimana seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), kecuali apabila mereka termasuk orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Rahmat-Mu Ya Allah!
Kita lihat samudera di dunia ini, begitu dalam dan luasnya, tetapi rahmat Allah jauh lebih luas dan dalam. Ia adalah samudera yang tidak berdasar dan bertepi, tiada awal dan penghujungnya. Sesungguhnya rahmat Ilahi yang kita teguk di muka bumi ini, baru umpama setitik air yang menetes dari tangan yang kita celupkan ke dalam samudera luas. Abu Hurairah meriwayatkan hadis Rasulullah SAW. yang bersabda :
إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ أَنْزَلَ مِنْهَا رَحْمَةً وَاحِدَةً بَيْنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالْبَهَائِمِ وَالْهَوَامِّ فَبِهَا يَتَعَاطَفُونَ وَبِهَا يَتَرَاحَمُونَ وَبِهَا تَعْطِفُ الْوَحْشُ عَلَى وَلَدِهَا وَأَخَّرَ اللَّهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً يَرْحَمُ بِهَا عِبَادَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah mempunyai seratus rahmat. Dia turunkan satu daripada rahmat itu kepada bangsa jin, manusia, haiwan dan binatang melata. Maka dengan rahmat-Nya yang satu itu mereka boleh bermesra-mesra. Dengan yang satu itu juga mereka boleh berkasih sayang. Dan dengan yang satu itu juga binatang liar mengasihi anaknya. Dan Allah telah menunda sembilan puluh sembilan lagi rahmatnya untuk Ia anugerahkan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat.
HR. Muslim
Jadi, rahmat yang kita perolehi ini hanya sebagahagian kecil sekali daripada satu peratus yang telah diturunkan Allah ke muka bumi ini. Kerana bukan kita sahaja yang menikmatinya, tetapi makhluk lain selain daripada kita turut menikmati.
Maka perhatikan lukisan indah rahmat Allah di muka bumi ini. Lukisan rahmat Allah itu ada pada diri kita, pada orang-orang yang di sekitar kita, pada haiwan dan binatang, bahkan pada semua makhluk. Mereka saling mencintai, mereka saling akur dan bekerja sama. Alangkah indah lukisan rahmat Allah ini.
Rahmat Allah tiada hadnya. Walaupun Allah hanya menurunkan satu daripada seratus rahmat-Nya, sesungguhnya yang satu itu pun amat banyak. Adalah salah besar, jika kita menganalogikan atau membanding-bandingkan rahmat Allah dengan rahmat makhluk, atau mana-mana makhluk. Rahmat manusia dan makhluk terpenjara dalam batas-batas tertentu sesuai dengan kekuatan dan kemampuan mereka. Rahmat manusia hanya laksana sebuah cawan, jika ia sudah penuh, ia tidak mahu lagi menerima tambahan. Rahmat manusia cepat habis. Sementara rahmat Allah tidak habis-habis. Maka Maha Tingginya Allah dan Maha Agungnya Dia.
Rahmat Allah SWT. juga meliputi segala sesuatu, yang kelihatan bagi kita dan yang ghaib daripada kita, sehingga bumi tempat kita bertapak ini dan alam semesta tempat kehidupan semua makhluk merupakan jelmaan rahmat Allah SWT. Dunia ini merupakan meja besar tempat dimana dihidangkan segala rahmat-Nya. Allah SWT. berfirman dalam Surah al-A`raf ayat 156.
Maksudnya :
"Dan Tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah berfirman: "Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami.”
Tiada hari tanpa rahmat Allah
Tiada hari yang kita lalui semenjak kita menampakkan muka di bumi yang indah menawan ini tanpa menikmati rahmat Allah SWT. Sebelum itu lagi, ketika kita masih berada dalam rahim ibunda kita, Ketika kita masih dalam tulang sulbi ibu bapa kita, kita juga menerima rahmat-Nya.
Tahukah kita semua, sesungguhnya kerana rahmat Allah yang begitu besar yang kita peroleh ketika kita berada dalam rahim ibunda kita, maka rahim ibunda kita itu dinamakan dengan rahim yang berasal daripada akar perkataan rahmat. Dengan kata lain, keberadaan rahim merupakan salah satu bentuk rahmat Allah SWT. yang besar kepada umat manusia. Dengan adanya rahim ini, terikatlah hubungan kasih sayang antara seorang anak dengan ibunya.
Berkaitan dengan itu, Allah pernah menyatakan dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin Abdullah bin Qariz. Pada hadis itu, Ibrahim bin Abdullah bin al-Qariz menceritakan bahawa ayahnya telah pergi melawat Abdur Rahman bin Awf yang tengah sakit. Apabila ia masuk dan bertemu Abdul Rahman, Abdul Rahman berkata kepadanya :
قَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ وَصَلَتْكَ رَحِمٌ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا الرَّحْمَنُ خَلَقْتُ الرَّحِمَ وَشَقَقْتُ لَهَا مِنْ اسْمِي فَمَنْ يَصِلْهَا أَصِلْهُ وَمَنْ يَقْطَعْهَا أَقْطَعْهُ فَأَبُتَّهُ أَوْ قَالَ مَنْ يَبُتَّهَا أَبُتَّهُ
Maksudnya :
Kasih sayang telah mengikatmu, sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda melalui hadis qudsi : “Aku adalah al-Rahman (Yang Maha Pemurah). Aku telah menciptakan rahim, Kuambil untuknya nama yang berakar daripada nama-Ku. Sesiapa yang menyambungnya (silaturahim itu), nescaya aku akan menyambung (rahmat-Ku) untuknya. Sesiapa yang memutuskannya, nescaya aku akan memutuskan rahmat-Ku daripadanya.
HR. Ahmad, Abu Daud
Maka pada setiap saat, minit, jam dan hari, bermula dari bangun tidur sehingga kita kembali tidur; kita duduk, berdiri, berjalan, berlari, berehat dan semua aktiviti kita, kita tidak luput dari limpahan rahmat Allah SWT. Kita boleh bangun dari tidur adalah kerana rahmat Allah SWT. Sesungguhnya oleh kerana keupayaan untuk bangun itu termasuk rahmat Allah SWT. kita disuruh Rasulullah SAW. bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan memujinya dan membaca doa. Ini sebagaimana yang telah beliau terapkan sendiri dalam kehidupannya. Huzaifah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya :
Nabi SAW. apabila hendak tidur, akan mengatakan : “Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan aku hidup.” Dan apabila ia bangun dari tidurnya, ia akan mengatakan “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada-Nya (kami akan) kembali.”
HR. Al-Bukhari
Sesungguhnya penciptaan dan kehadiran kita di muka bumi ini merupakan salah satu rahmat yang paling besar ke atas kita. Allah ciptakan kita yang sebelumnya tidak ada. Dia bagi kita peluang untuk menghirup udara dunia ini.
Makna Rahmat Allah
Perkataan rahmat berasal dari akar kata : rahima. Menurut pakar bahasa Arab, Ibn Faris : Semua perkataan yang terdiri daripada huruf ra-ha-mim mengandung makna “lemah lembut, kasih sayang dan kehalusan.” Dari akar ra-hi-ma ini muncul dua sifat yang sangat dominan pada diri Allah, iaitu sifat al-Rahman dan al-Rahim. Dua sifat ini di antara nama dan sifat Allah yang paling banyak disebutkan dalam al-Quran. Masing-masing diulang sebanyak lebih kurang 800 kali. Dan sifat ini jugalah yang menghiasi permulaan al-Quran dan setiap awal surahnya kecuali surah al-Taubah.
Kedua-duanya walaupun berdekatan maknanya, tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang berbeza. Al-Rahman bermaksud bahawa Allah memberi rahmat dengan tidak memandang bulu, dengan tidak memandang baik dan buruknya seseorang yang diberi itu. Rahmat yang diberi tanpa pandang bulu ini hanyalah rahmat-rahmat kecil yang terbatas waktu ketika seseorang itu berada di dunia. Manakala al-Rahim memberi maksud Allah memberi rahmat-Nya hanya kepada orang-orang tertentu yang Ia kasihi dan sayangi, iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa serta orang-orang soleh. Rahmat yang mereka peroleh ini tidak terbatas waktunya; di dunia dan di akhirat. Rahmat ini mereka rasakan manfaatnya selama-lamanya ; ia kekal dan abadi.
Hiasilah Bibirmu dengan al-Rahman dan al-Rahim.
Sifat ini jugalah yang seharusnya sentiasa menghiasi bibir dan lidah setiap mukmin setiap kali ia mahu melakukan sesuatu. Sifat ini dicantumkan dalam satu ungkapan yang indah, iaitu firman Allah SWT.
Surah al-Fatihah ayat 1.
Maksudnya :
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
Menurut pakar tafsir yang terkenal, Imam al-Tabari : ungkapan al-Basmalah tidak didahului oleh fi’il (kata kerja) sebagaimana biasanya berlaku pada ayat bahasa Arab yang sempurna, itu bertujuan untuk memberi ruang kepada kita untuk meletakkan apa pun perbuatan hendak kita lakukan sebelumnya. Oleh itu, apabila hendak makan, maka dengan hanya membaca al-Basmalah, seolah-olah kita telah mengatakan “Aku makan dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” Lalu jika kita hendak membaca, maka dengan membaca al-Basmallah, seolah-olah kita telah merangkai ayat “Aku membaca dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” Dan seterusnya.
Rasulullah telah mengingatkan kita supaya kita membaca al-basmallah atau nama Allah pada apa pun perbuatan atau amalan yang kita buat. Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ أَوْ قَالَ أَقْطَعُ
Maksudnya :
“Setiap perkataan atau perkara yang berfaedah, tetapi tidak dibuka dengan menyebut nama Allah Azza Wa Jalla, maka ia (perkataan atau perkara itu) akan tergantung, atau – sabda nabi juga – Ia terputus.”
HR. Ahmad.
Yang dimaksud dengan “tergantung atau terputus” pada hadis di atas ialah perkataan atau amalan yang kita lakukan itu tidak mendatangkan pahala dan tidak diterima Allah SWT. Maka alangkah sedihnya kita, apabila kita telah penat-penat melakukan suatu amalan atau kebaikan, tetapi ternyata Allah tidak menerimanya dan memberinya pahala. Penat sahaja yang kita dapat. Dan alangkah ruginya kita.
Oleh itu, mari kita mulai setiap perbuatan kita dengan menyebut nama Allah ; al-Rahman atau al-Rahim, sehingga kita dapat merasakan kehadiran-Nya, pemurah dan kasih sayang-Nya.
Al-Rahman dan Rahim sebagai Vitamin Jiwa
Cubalah kita merenung sejenak tentang diri kita sendiri. Soallah hati nurani kita, apa yang telah kita terima tadi malam ?. Kita tidur dengan lena dan bermimpi indah. Rumah kita aman tanpa ada kecurian. Isteri dan anak-anak kita ceria dan semuanya berjalan dengan baik. Pernah kita merasa bahawa semua itu adalah kerana rahmat atau kasih sayang dan pemurahnya Allah SWT.

Cubalah sebelum kita berangkat ke tempat kerja kita, kita memberi makan jiwa kita terlebih dahulu, membina batin kita, hati dan fikiran kita, serta wawasan kita. Sudahkah kita memberinya makanan rahmat, rasa pemurah dan kasih sayang ? Sekiranya sudah, berangkatlah dengan penuh rasa pemurah dan kasih sayang. Kalau belum, cubalah pejamkan mata kita, tarik nafas dalam-dalam, dan hembuskanlah perasaan benci dan permusuhan dari dalam diri kita. Lakukanlah beberapa kali. Lalu semailah sebagai gantinya benih-benih cinta, kasih sayang dan rasa pemurah.
Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ، ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Maksudnya :
“Orang-orang yang mempunyai sifat rahmat (pemurah dan kasih sayang) akan disayangi oleh Allah. Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh orang-orang yang berada di langit.”
HR. Al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir.
Hadis di atas memberi inspirasi kepada kita menebarkan sifat rahmat itu ; kasih dan sayang kepada sekalian makhluk yang ada di muka bumi ini, tanpa memandang jenis ; sama ada ia manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Dan sekiranya makhluk itu manusia, maka tebarkanlah sifat rahmat dan kasih sayang itu kepada sekalian manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa, pangkat dan jabatan. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13.
Maksudnya :
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Syaikh Abu al-Abbas al-Mursi mengatakan, “Nabi Muhammad SAW. menghormati manusia sesuai dengan derajatnya di sisi Allah. Mungkin ada seorang yang taat masuk menemuinya, tetapi beliau mengabaikannya. Sebaliknya, mungkin ada seorang yang pernah bergulimang dengan maksiat, tetapi Rasulullah justeru menghormatinya. Sebab orang yang taat tadi, datang dengan menyombongkan ilmunya dan menganggap dirinya telah baik. Manakala, seorang yang berbuat maksiat tadi, datang dengan menyesali kemaksiatannya, merasa rendah diri dan berusaha menghindarinya.
Bagi Mereka yang Terlanjur
Oleh itu, bagi yang telah terlanjur berbuat dosa dan maksiat, janganlah berputus asa. Sesungguhnya rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, sentiasa menanti taubatnya. Allah SWT. berfirman dalam surah al-Zumar ayat 53.
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah pernah memberi harapan kepada hamba-hambanya telah terbabas ini. Anas bin Malik telah menceritakan dengan berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda :
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
Maksudnya :
Allah Tabaraka wa Ta`ala telah berfirman : Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, nescaya aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli – wahai anak Adam – walaupun dosa kamu itu mencapai puncak langit, lalu kamu meminta ampun kepada-Ku, nescaya aku akan mengampunkannya. Aku (juga) tidak peduli – wahai anak Adam – kalau kamu datang kepada-Ku dan kesalahanmu seberat bumi, lalu engkau datang kepada-Ku – sedangkan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu, nescaya aku akan memberikan keampunan kepadamu.”
HR. Al-Tirmizi.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Abu Zarr mendengar Nabi bersabda :
قَالَ مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya :
“Tiada seorang hamba yang mengatakan : Tiada Tuhan melainkan Allah, kemudian ia mati, melainkan ia akan masuk syurga.”
HR. Al-Bukhari dan Muslim
Mendengar hadis tersebut, Abu Zarr bertanya : “Walaupun ia telah berzina dan mencuri ?. Rasulullah menjawab, “Ya, walaupun ia telah berzina dan mencuri.” Abu Zarr seperti tidak percaya dengan apa yang diungkapkan Rasulullas SAW. itu sehingga ia menyoal Rasulullah dengan soalan yang sama sampai tiga kali. Dan Rasulullah SAW. pun menjawabnya dengan jawapan yang sama.
Itulah rahmat Allah SWT.
Tetapi ini tidak bermakna bahawa Allah menganggap remeh dosa-dosa besar. Sesungguhnya hadis itu menjelaskan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang-orang yang telah melakukan dosa. Sesungguhnya rahmat Allah, tidak dapat dikalahkan apa pun juga.
Pada kali lain, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda :
لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ عِنْدَهُ فَوْقَ عَرْشِهِ إِنَّ رَحْمَتِي سَبَقَتْ غَضَبِي
Maksudnya :
Ketika Allah memutuskan untuk menciptakan makhluk, Allah menulis dekatnya di atas Arasy-Nya : “Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku.”
HR. Al-Bukhari, Ahmad.
Berdoalah Memohon Rahmat Allah
Sesungguhnya Allah telah mengajak kita untuk berdoa dengan menggunakan nama-Nya, al-Rahman atau nama-nama-Nya yang lain. Firman Allah dalam al-Quran dalam surah al-Isra’ ayat 110.
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu.”
Awn bin Abdullah pernah bertemu dengan Wathilah bin al-Asqa’, lalu meminta menyampaikan kepadanya apa yang telah ia dengar daripada Rasulullah. Wathilah menyampaikan sebuah hadis yang pernah ia dengar daripada Rasulullah. Beliau berkata :
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا، وَاغْفِرْ لَنَا، وَنَهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ إِلَى الْقُبُورِ، أَوْ نَجْلِسَ عَلَيْهَا.
Maksudnya :
Aku telah mendengar Rasulullah berkata : “Ya Allah, kasihanilah kami !. Ampunkanlah kami. Dan Rasulullah melarang kami solat menghadap kubur atau duduk di atasnya.”
HR. Al-Tabrani dalam al-Mu`jam al-Kabir.
Itulah Rasulullah SAW. Walaupun sudah pasti dikasihani dan disayangi Allah ta`ala, tetapi beliau masih memohon rahmat daripada-Nya. Oleh itu, mari kita mencontohinya dan memohon rahmat dan kasih sayang Allah yang maha agung itu.
Bahkan sebelum baginda, nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain juga memohon rahmat Allah SWT. Nabi Musa AS. umpamanya, berdoa kepada Allah memohon rahmat-Nya. Allah SWT. berfirman dalam surah al-A`raf ayat 151.
Maksudnya : “
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu, kerana Engkaulah yang paling Maha Mengasihani di antara pengasih-pengasih lain".
Ya Rabb... Sesungguhnya rahmat-Mu meliputi segala sesuatu, limpahkanlah kepadaku rahmat-Mu itu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi rahmat...

No comments:
Post a Comment