02 September 2010
SPECIAL PROMOTION : BILIK-BILIK MEWAH MENANTI ANDA
Adakah anda sedang mencari-cari rumah dengan bilik-bilik mewah yang sentiasa bersih dan kemas ?! Bahkan semua yang ada di dalamnya sentiasa diperbaharui, tiada cacat dan cela. Anda pasti puas, jika dapat memperolehinya. Guarranty...
Bilik yang saya maksudkan adalah BILIK MEWAH DI SYURGA.
Tak percaya, bacalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah berikut...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berkata kepada sahabat-sahabatnya :
"Mahukah kamu aku jelaskan tentang bilik-bilik di syurga ?"
Para sahabat menjawab : "Demi ayah dan ibu kami, tentu kami mahu, wahai Rasulullah."
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sunggguh dalam syurga terdapat bilik-bilik yang terbuat dari permata-permata yang luarannya kelihatan dari dalamnya dan dalamnya juga dapat dilihat dari luar. Di dalamnya terdapat kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga."
Para sahabat bertanya, "Untuk siapakah bilik-bilik itu, wahai Rasulullah ?"
Rasulullah menjawab soalan mereka itu dengan berkata : "Bilik-bilik itu adalah untuk :
1. Sesiapa yang suka menyebarkan salam
2. Sesiapa yang suka memberi makan
3. Sesiapa yang sentiasa berpuasa
4. sesiapa yang solat malam hari pada waktu manusia tidur.
Para sahabat bertanya lebih lanjut, "Wahai Rasulullah, siapa yang sanggup melakukan itu ?"
Beliau menjawab, "UMATKU, aku akan menjelaskan kepada kamu bagaimana melakukannya.
1. Sesiapa yang bertemu saudaranya, lalu dia memberi salam kepadanya, maka sesungguhnya ia telah menyebarkan salam.
2. Sesiapa yang memberi makan ahli dan keluarganya sehingga mereka puas, maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
3. Sesiapa yang berpuasa 30 hari setiap bulan Ramadhan, maka sungguh ia telah termasuk di antara orang yang sentiasa berpuasa.
4. Sesiapa yang menjaga solat Isyak secara berjamaah, maka sungguh ia telah bersolat malam ketika manusia tidur. Maksud manusia tidur itu adalah orang-orang Yahudi, Nasrani dan Majusi."
Hadis ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Jabir bin 'Abd Allah.
Tunggu apalagi saudaraku.. Marilah kita cuba beramal dengan amalan penghuni syurga itu.. Mudah-mudahan kita termasuk di antara orang-orang menikmati bilik-bilik special yang telah disediakan Allah s.w.t.
Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment