Imam Ibnu Kathir telah menukilkan perkataan Ibnu Jarir bahawa Abi Raja' Muhammad pernah menyoal al-Hassan al-Basri tentang seseorang yang hafal al-Quran tetapi tidak mendirikan solat malam. Kata beliau " Wahai Abu Said(Hassan al-Basri), apakah pendapat engkau tentang seorang lelaki yang telah hafal seluruh al-Quran tetapi dia tidak mendirikan solat malam, dia hanya melaksanakan solat wajib sahaja?" Maka Hassan al-Basri berkata, "dia itu telah menjadikan al-Quran sebagai bantal dan Allah melaknat yang demikian itu."
Dalam riwayat yang lain, Hassan al-Basri pernah mengatakan adalah wajib ke atas penghafal al-Quran untuk mendirikan solat malam walaupun hanya sedikit." Beliau mengambil dari sabda Rasulullah SAW tentang seseorang yang tidur sampai pagi tanpa sempat mendirikan solat malam. Sabda beliau;
"lelaki itu, telinganya telah dikencingi oleh syaitan."
(HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, seorang penghafal al-Quran hendaklah berusaha untuk mendirikan solat malam sebagai tanda penghayatannya al-Quran yang ada dalam dadanya. Walaupun hanya dengan melaksanakan solat witir.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
"berwitirlah wahai ahli Quran,"
( HR Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)
Rasulullah SAW pernah bersabda;
" sesiapa yang tidak berwitir maka dia bukan daripada golongan kami,"
(HR Imam Ahmad dan Abu Daud)
No comments:
Post a Comment