27 September 2010

BERUBAT DENGAN TERAPI REIKI :FATWA MUFTI AFRIKA SELATAN


Beberapa tahun kebelakangan ini banyak berkembang sistem perubatan alternatif. Jika sebelum ini umat Islam dihebohkan oleh isu yoga dan ulama telah mengeluarkan hukum berkenaannya, sekarang kita dihadapkan pada soalan tentang hukum berubat dengan menggunakan sistem terapi reiki pula. Apakah pandangan ulama Islam tentang berubat dengan sistem ini ?

Di sini, saya cuba berkongsi apa yang saya baca di hidayatullah.com untuk menjawab soalan di atas.

Menurut hidayatullah.com mufti Afrika Selatan, Mufti Siraj Desai menyatakan dalam laman web rasminya askmufti.co.za, bahawa beliau menyetujui pelarangan terapi Reiki. Kenyataan itu beliau buat ketika menjawab soalan mengenai boleh tidaknya melakukan praktik terapi Reiki.

Moulana Yusuf Laher dengan persetujuan Mufti Siraj Desai telah memberikan jawaban atas pertanyaan tersebut,”Pengobatan Reiki menyangkut tiga dimensi, fisik, mental dan spiritual. Syari’ah tidak menerima semua jenis spiritualiti kecuali bersumber dari Al Qur`an dan Sunnah. Kerana dimensi spiritual Reiki, maka tidak dibenarkan untuk menjalani pengubatan dengan terapi jenis ini.”

Sebelumnya pada akhir Mei 2009, Mufti Shafiq Jakhura dari Amerika Utara juga melarang praktik serupa. Setelah melakukan penelitian, tokoh di Darul Ihsan Islamic Center ini membuat kesimpulan bahwa Reiki bercanggah dengan beberapa prinsip Islam.

Salah satunya adalah kenyataan yang tertulis dari laman web resmi komuniti ini, reiki.org, bahawa seorang menjalani terapi reiki dapat memanggil kekuatan yang lebih tinggi selain Allah s.w.t, yang ikut membantu menjalani latihan terapi dan penyembuhan terhadap pasien.

Terapi Reiki sendiri detemukan oleh Dr Mikao Usui setelah banyak menghabiskan waktu untuk bermeditasi di gunung Kurama Jepang, selepas mengalami kegagalan bisnis pada tahun 1922.

Demikianlah yang disiarkan hidayatullah.com. Semoga kita dapat manfaatnya.
Wallahu A'lam

1 comment:

Superstage said...

Along nak belajar...dah beli beberapa buku mengenai reiki... sikit lagi nak register.. kandungan buku tersebut ada beberapa perkara yang pelik (simbol-simbol) dan ianya sukar untuk dijelaskan. Pernah sampaikan hasrat nak belajar dgn seorang kenalan semasa di Makkah... kawan tu kata tak payah lah...