03 September 2007

Menggapai Taman Syurgawi

Kugapai pintu syurga dengan sehelai benang
membalut setiap sendi
harapkan tangan sampai
memetik bunga kesturi
di taman penuh bidadari
hati mendesah sedarkan diri
kumasih jauh lagi
perlu sucikan diri
duduk bersimpuh lebih lama lagi
menghitung diri
tingkatkan amal dan zikir mengingat ilahi rabbi

Ya Rabbi..
ampunilah hamba-Mu ini
Engkau Maha mengampuni lagi Maha Mengasihani

Ya Rabbi..
kuatkanlah hamba-Mu ini
merentas jalan menggapai kasih-Mu
yang penuh dengan onak dan duri
di kanan kiri musuh yang dengki
syaitan durjana yang dilaknati

Kumalu di hadapan-Mu Rabbi
dosaku melilit kaki
aibku setinggi gunung berapi


Ya Rabbi...
Kemaafan-Mu amat ku cari
kerana kutahu
engkau amat menyayangi
hamba-Mu yang hina ini.

Taman Tun Dr. Ismail, 01.03 am, 23/05/05.

2 comments:

Anonymous said...

beautiful poem..

Anonymous said...

Assalamualaikum

tahniah ustaz atas puisi yang menarik..ana nizam (bekas pelajar APIUM yg juga ejen takaful wktu di KL dulu). pernah bg kuliah subuh dan berprogram di IQKL. waktu tu ana selalu jumpa ustaz. masa tu ustaz tgh siapkan master di APIUM. tak sangka sekrang ustaz dh sambung PhD. sekejap ja masa berlalu.ana br nk smbg master.hehehe..ada masa layarilah blog ana di http://arechik-nizam.blogspot.com. insyaAllah ada masa kita berjumpa.Wassalam.